About Us
   Products & Services
   Registration Form
   Volunteer
   Youth Center
   Contact Us
           
 You are in :: Home > Articles
Articles
Q&As



KOMUNIKASI

Komunikasi telah lama diperbincangkan oleh individu-individu, pakar-pakar dan sekalian pelbagai masyarakat di dunia ini. Pembaharuan-pembaharuan sedang dialami oleh masyarakat kita sekarang akibat daripada pembangunan ekonomi yang pesat. Hasil daripada pembaharuan ini, ia telah meninggalkan pelbagai kesan yang baik dan juga sebaliknya. Pembaharuan ini kadangkala boleh menjejaskan nilai-nilai murni manusia dan institusi sesebuah keluarga. Contohnya kekurangan komunikasi diantara ahli-ahli keluarga itu sendiri boleh menyebabkan kurangnya kasih sayang antara mereka dan salah faham sering berlaku. Akibat daripada itu, mudah berlakunya anak-anak melarikan diri dari rumah.

Tidak banyak berkomunikasi bukanlah bermakna tandanya seseorang itu seorang pendiam. Ramai orang yang pandai bercakap, ada yang suka bercakap, ada yang petah bercakap, ada yang cuba mencari kesempatan bercakap dan ada segelintir yang tidak mahu bercakap. Pandai bercakap belum tentu menjanjikan yang mereka ini pandai berkomunikasi. Akibatnya akan menyebabkan lebih ramai yang mendengar akan merasa tersinggung atau pun terasa sakit hati. Kesepian dan kesunyian merupakan salah satu faktor kenapa manusia cuba mencari kesempatan bercakap. Hidup seumpama terkurung keseorangan di dalam bilik yang gelap. Kadangkala manusia memerlukan ransangan emosi supaya dapat mengadakan diri agar senantiasa dalam keadaan gembira dan bahagia.

Mahir berkomunikasi adalah perlu dalam kehidupan seharian. Kesesuaian tempat dan masa semasa berkomunikasi juga perlu apabila kita berada bersama dengan orang-orang yang tersayang dan juga teman-teman yang lain supaya diri kita dihargai dan terus disayangi. Percayalah bahawa dengan berkomunikasi juga dapat mengurangkan kesedihan dan kesengsaraan hati. Meluahkan rasa hati samada dalam keadaan malang atau gembira. Kegembiraan dapat dirasakan oleh kedua-dua pihak yang berkomunikasi apabila komunikasi berkesan tercapai. Tujuan berkomunikasi juga boleh mengeratkan hubungan kasih sayang antara keluarga dan sesama manusia sekalian. Tanpa komunikasi yang baik maka pincanglah sesebuah institusi keluarga itu dan juga sesama manusia sejagat. Memberi nasihat, bantuan dan menghiburkan orang lain juga dapt menimbulkan rasa seronok. Memberi pujian dan sanjungan apabila terdapat pihak lain yang mendapat perghargaan atau penghormatan.

Dalam menjalani tugasan dan tanggungjawab, kadangkala kita merasa kecewa sekiranya ada pihak yang cuba mengwujudkan suasana komunikasi yang negatif. Komunikasi yang positif tidak ada kaitan langsung dengan kemewahan dalam institusi keluarga. Contohnya hubungan komunikasi antara suami dan isteri yang mewah kehidupan belum tentu menjanjikan positif. Rumah kecil atau sempit sekalipun, ramai juga yang masih dapat menikmati keseronokan berkomunikasi yang positif. Emosi positif ini terbit apabila mereka merasa diri dihargai. Kepercayaan dan kejujuran adalah penting dalam berkomunikasi.

Mendengar dengan aktif dan dan cuba memahami dan ambil berat apa yang telah diucapkan walaupun dalam perkara-perkara yang remeh. Tidak menunjukkan minat selalu dilakukan oleh individu-individu yang mementingkan diri sendiri. Perbuatan ini membuatkan ahli keluarga dan orang lain tidak lagi menaruh kepercayaan kepada peribadi orang yang cuba bercakap dan berbual-bual. Minat untuk berkomunikasi akan hilang dan perbualan dua hala ini akan gagal. Menerima setiap mesej yang disampaikan dan berikan tumpuan pada gerak bahasa badan, mendengar juga apa yang tidak dikatakan dan jangan sibuk memikirkan apa yang hendak kita katakan. Jangan suka mencelah dan pedulikan gangguan-gangguan yang ada semasa kita mendengar. Fahami pandangan atau masalah yang cuba disampaikan sebelum membuat sebarang penilaian. Jadikan diri kita seorang pendengar yang baik dan cuba menciptakan hubungan yang lebih memuaskan sesama pihak.

Dalam komunikasi seharian kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan cubalah selalu perbaiki setiap kesalahan tersebut. Berterus-terang dalam apa jua pemasalahan yang sedang dihadapi dan cari jalan penyelesaiannya. Tanpa berterus-terang, tiada siapa yang akan faham apa yang kita maksudkan. Selain itu, dalam komunikasi seharian juga kita patut elakkan daripada menjatuhkan maruah atau keyakinan diri sesiapa.

Walau dalam apa jua sekalipun, gunakan kesempatan berkomunikasi sebaik yang mungkin. Jangan sampai pada suatu saat nanti kita pula tercari-cari peluang untuk berkomunikasi kerana kita belum tahu bilakah lagi dapat berjumpa dan bila masa pula kita akan berpisah.

Nona Latifah
Clerk, FFPAM
Become Member!