About Us
   Products & Services
   Registration Form
   Volunteer
   Youth Center
   Contact Us
           
 You are in :: Home > Articles
Articles
Q&As



KENAPA AKU?

Mengapa harus terjadi pada aku? Kenapa tidak pada yang lain? Aarghhhh.....
(Luahan perasaan Liza yang terpaksa melalui hal ini.)

Liza, berumur 13 tahun, berasal dari sebuah keluarga sederhana dan gembira. Ibu Liza seorang pengurus di syarikat swasta dan ayahnya seorang direktor syarikat perkapalan. Dia mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 9 tahun. Di rumah, Liza dikehendaki menyediakan makanan untuk ayah dan adiknya apabila pulang dari sekolah kerana ibu Liza sibuk dengan kerjayanya sehingga lewat malam. Kerja rumah juga dilakukan oleh Liza. Tetapi Liza tidak pernah bertanya kenapa, disebabkan Liza mengasihani ibunya yang penat bekerja.

Semenjak 2 tahun lepas, ayah Liza mula merapatkan diri dengan Liza dan adiknya. Liza tidak hairan akan hal ini sebab ayahnya memang begini sejak dulu lagi. Akan tetapi, perbuatan ayahnya mula agak keterlaluan. Ayahnya mula memegang dan meraba-raba seluruh badan termasuk tempat kemaluan dan meramas-ramas buah dadanya. Liza tidak pernah melarang perbuatan ayahnya terhadapnya. Ayahnya juga berkelakuan sedemikian terhadap adik perempuannya. Pada suatu petang, Liza ternampak ayahnya meraba-raba payu dara dan kemaluan adiknya dengan rakus di dalam bilik tidur apabila dia pulang dari sekolah. Adiknya tidak melakukan apa-apa dan tidak menjerit sebab dia masih mentah dan tidak mengetahui apa yang berlaku keatas dirinya. Liza merasa sedih dengan keadaan yang menimpa adiknya.

Selepas beberapa hari selepas kejadian adiknya itu, Liza pula menjadi mangsanya. Ayah Liza mengajak Liza menonton video lucah bersamanya. Liza menolak pelawaan ayahnya itu dengan mengatakan dia mempunyai kerja untuk diselesaikan tetapi ayahnya naik berang dan memarahi Liza. Liza terpaksa menurut kehendak ayahnya itu. Dia menonton bersama-sama dengan ayahnya petang itu. Semasa menonton, ayahnya meraba-raba buah dada Liza dengan rakus. Liza menepis tangan ayahnya tetapi tidak diendah olehnya. Ayahnya meneruskan perbuatannya dengan memasukkan tangannya ke tempat kemaluan Liza. Dia meraba-raba kemaluan Liza dengan nikmatnya. Liza tidak menjerit ataupun bertanya sebab-sebab kenapa ayahnya berbuat sedemikian.

Sejak itu, ayahnya mula melepaskan nafsunya ke atas Liza. Liza terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk mengelakkan diri daripada dimarahi dan dipukul ayahnya. Ayahnya mengadakan hubungan seks bersama Liza tanpa pengetahuan ibunya. Liza tidak pernah memberitahu ibunya akan hal ini. Ini kerana ayahnya telah melarang Liza buat begitu. Perbuatan ayahnya berlanjutan selama beberapa bulan.

Pada suatu hari, sekolah Liza telah mengadakan sesi ceramah berkenaan dengan ganguan seksual di rumah ataupun di luar rumah. Daripada informasi yang disampaikan oleh penceramah barulah Liza sedar bahawa adik dan dirinya telah mengalami gangguan seksual. Selama ini Liza tidak berfikir akan perkara yang berlaku keatas dirinya itu dan bagaimana hendak menangani hal sebegini. Liza berasa amat takut sekali untuk berhadapan dengan ayahnya itu. Liza memikir panjang sama ada hendak memberitahu atau tidak pada kaunselor atau ibunya berkenaan hal ini. Akhirnya Liza telah mengambil keputusan untuk memberitahu guru kaunselor kerana Liza bimbang akan dirinya dan juga adiknya.

Keesokan harinya, Liza telah berjumpa dengan guru kaunselor di sekolah untuk memberitahu kejadian yang telah menghantui fikirannya. Guru kaunselor terkejut akan perkara yang berlaku terhadap Liza dan adiknya. Guru kaunselor telah menanyakan segala yang berlaku pada Liza dengan teliti. Kemudian, guru kaunselor telah menelefon ibunya untuk membincangkan perkara ini. Ibunya terkejut apabila mengetahui perkara yang telah berlaku keatas kedua-dua anaknya itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya. Ibu Liza rasa bersalah kerana tidak mengambil berat akan perihal anak-anaknya itu. Setelah itu, ibunya telah berhadapan dengan ayah Liza dan menyelesaikan perkara ini. Kini Liza dan adiknya dibawah penjagaan ibu dan mereka tidak lagi tinggal bersama ayahnya.

Daripada hal ini, remaja haruslah diberi pendedahan awal mengenai gangguan seksual yang sering atau kerap kali berlaku pada masa kini. Ini dapat membantu mereka bagaimana hendak menangani dan kepada siapa mereka boleh mendapatkan rujukan untuk bantuan dari segi kaunseling. Bagi keadaan Liza dan adiknya, tindakan yang diambil oleh ibu mereka adalah wajar. Ini akan dapat meringankan beban fikiran yang dialami oleh Liza dan juga dapat membantu Liza melupakan apa yang telah terjadi padanya.

Gangguan seksual yang berlaku boleh menyebabkan seseorang yang mengalaminya itu berasa terhina, marah, takut, tidak bermotivasi untuk melakukan sesuatu dan berasa tidak berdaya untuk mencapai apa yang diingininya. Bagi mereka yang telah mengalaminya, perkara ini haruslah dilaporkan dan jangan mendiamkan diri. Ini akan menyebabkan diri mereka mengalami tekanan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan diri. Oleh itu, wanita atau remaja seharusnya mendapat pendedahan dan informasi mengenai perkara-perkara tersebut dimana ia dapat membantu menjaga keselamatan diri mereka.


Nur Azyyati Abdul Rahman
Pembantu Pegawai Projek
Penang FPA



Become Member!