About Us
   Products & Services
   Registration Form
   Volunteer
   Youth Center
   Contact Us
           
 You are in :: Home > Articles
Articles
Q&As



MENANGANI MASALAH

Masalah sering kali disamakan dengan keburukan. Sesuatu masalah itu mungkin dan biasanya baik. Bagi sesetengah orang, mereka percaya hidup akan lebih mudah seandainya mereka hanya perlu menangani masalah yang lebih mudah diselesaikan ataupun lebih beruntung lagi, jika sedikit sahaja masalah.

Kita dapat mengetahui keadaan kesihatan mental kita yang normal dengan memerhatikan cara kita bertindak balas kepada masalah. Mental kita perlukan bantuan rawatan. Andainya apabila kita manghadapi masalah, kita akan mengeluh dan berkata, “Kenapa aku?” dan berasaskan nasib tidak berlaku adil kepada kita. Sebaliknya apabila kita menerima kemunculan masalah itu dengan tenang dan melihatnya sebagai sebahagian daripada hidup yang normal, apatah lagi apabila kita juga mempunyai anggapan masalah itu mungkin mengandungi kebaikan dan pada waktu yang sama kita juga yakin dan percaya bahawa kita sanggup mengatasinya, itu buktinya mental kita sihat.

Apabila menghadapi masalah, kita mesti berfikir dengan positif supaya masalah itu dapat diselesaikan. Sikap positif ialah asas kepada ‘keyakinan bertahan’ iaitu sikap milik orang-orang yang tidak kalah. Mereka adalah orang- orang yang percaya mereka tidak akan dikalahkan oleh masalah ataupun kesukaran dan kesulitan. Mereka berfikir dengan rasional supaya masalah yang dialami difahami dan mencipta pelbagai cara dan kemungkinan ia dapat diselesaikan, kemudian cuba satu persatu penyelesaian sehingga akhirnya dia menemui jalan kunci penyelesainnya. Semua masalah ada kunci penyelesaiannya, asal sahaja kita tidak panik dan cepat mengalah. Jangan terlalu cepat untuk menyerah kalah.

Asas kejayaan dan keberhasilan ialah sikap percaya bahawa kita tidak boleh menyerah dan membenarkan diri kita dihancurkan oleh masalah dan kesusahan. Selama ini adakah kita bercakap menggunakan kata-kata yang baik, positif dan penuh harapan? Percakapan yang negatif adalah juga percakapan yang merendah-rendahkan diri kita sendiri. Bercakaplah dengan diri sendiri menggunakan kata-kata yang mengandungi harapan, keyakinan dan kejayaan. Peringatkan diri kita bahawa hanya apabila kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan, barulah kita dapat mencari jalan peneyelesaiannya. Inilah pemikiran yang positif.

Kita boleh apabila kita yakin kita boleh. Berfikirlah dan bertindaklah berdasarkan prinsip ini. Jangan bayangkan kegagalan, disebabkan fikiran negatif seperti itu hanya akan menyediakan minda kita bagi menerima kegagalan. Jadi, apabila sedang mengalami masalah dan kesusahan, kita mesti mengubah perkataan negatif kepada yang positif dan konstruktif. Ingat prinsip ketekunan: jangan terlalu cepat mengaku kalah dan menyerah. Hadapi setiap masalah apabila masalah itu muncul didepan anda. Jangan lari dan jangan cepat menyerah. Tabahkan hati dan bersedia untuk menyelesaikannnya dengan tekun. Inilah sikap yang membuat seseorang itu bersemangat, produktif dan kreatif apabila bertemu masalah dana boleh membantu kita yakin tidak akan mundur dan hancur oleh masalah dan kesusahan.

Orang yang terus berkembang dan maju dalam kehidupannya di dunia ini ialah orang yang bangun dan mencari kehidupan yang mereka inginkan. Apabila kehidupan yang diingini tidak dapat dipenuhi maka mereka akan bangkit mengambil tindakan untuk merealitikannya. Apabila kita mendapat suatu idea bagaimana masalah itu hendak diselesaikan, jangan paksakan idea itu, ia belum tentu cara yang sesuai ataupun yang terbaik. Bawa bertenang, relaks, ambil masa untuk berfikir dengan perlahan-lahan sehingga apabila tiba saatnya yang tepat, jawapan masalah itu akan tampil dengan jelas sekali.

Biasanya, apabila kita dihantui masalah, kita cenderung bertindak balas dengan cara terburu-buru dan emosional, bukan dengan cara tenang serta logikal. Kita tidak mengendalikan minda kita dengan tenang, sebaliknya minda yang gopoh itulah yang mengendalikan kita. Ingatlah bahawa semua jawapan kepada masalah yang dialami itu ada dalam fikiran kita. Kita tidak dapat menemui jawapan apabila minda kita bekerja dalam keadaan emosional, gopoh-gapah dan panik. Minda yang tenang sahaja yang mampu berfikir secara rasional untuk menemukan jawapan yang berkesan.

Masalah tegang dan stress ialah dua perkataan yang mempunyai makna yang sama. Punca ketegangan yang utama ialah kebisingan di sekeliling kita: motosikal, kereta, lori, kapal terbang, radio, televisyen. Satu lagi punca ialah sikap kita terhadap diri sendiri iaitu terlalu mendesak seolah-olah terburu-buru. Sikap inilah yang membuat kita bersikap cepat hilang sabar, tergesa-gesa, gopoh-gapah dan marah-marah dan kita tidak dapat bersikap tenang dan relaks apabila berhadapan dengan masalah.

Keupayaan tidak mendesak diri sendiri adalah amat penting untuk menyembuhkan stress. Keupayaan ini dapat dikembangkan dengan latihan mental. Caranya ialah dengan membuatkan diri kita masuk ke dalam zon tenang atau zon keheningan secara mental. Jangan biarkan emosi menguasai diri kita. Emosi mesti dikendalikan, didisiplinkan supaya kita tidak selalu mengalami stress.

Dalam menangani masalah, yang paling penting sekali ialah jangan berhenti daripada terus menyerang masalah itu yang memerlukan prinsip ketekunan. Apabila anda hendak mendaki gunung yang tinggi, berfikirlah lebih tinggi daripada gunung itu. Berfikir dengan penuh semangat, gunakan kata-kata positif dan jangan merendah-rendahkan potensi kita. Apabila masih gagal, cuba dan cuba lagi. Jangan benarkan masalah mengalahkan kita. Terus maju dan hasilnya tentu baik dan berjaya.


Lina
Clerk, FFPAM




Become Member!